13/04/2016

Kematian CPOTRADING

Salam.

Aku dah lama nak tulis tentang cpotrading ni..dari tahun lepas lagi.

Namun rakan blogger syamsuriyadi.com lebih awal menerbitkan perihal pelaburan yang meragukan ini.

Selepas dihubungi oleh seorang ahli cpotrading yang inginkan kepastian mengenai pelaburan skim cepat kaya ni.

Aku katakan kepada beliau bahawa skim ini adalah anak pinak kepada skim cepat kaya fututebarrel yang mana ramai kawan-kawan aku yang dah terkena..melibatkan puluhan ribu ringgit

Cpotrading ni modus operandi dia sama dengan futurebarrel yang meletop pada tahun 2013 dan 2014.

Penipuan pelaburan minyak mentah crude oil.

Ianya bukan lagi haram disertai malahan  haramjadah kerana menyebabkan ramai yang berhutang untuk join skim ni.

Dan akhirnya laman web cpotrading dah xboleh diakses dengan alasan founder dia seorang datuk palsu mati eksiden.

Kemudian dengar cerita baru ia dijenamakan semula dengan produk baharu.

Sistem yang digunakan oleh Futurebarrel dan cpotrading adalah sistem yang sama.Maknanya dibelakangnya adalah orang yang sama.

Nasihat aku kepada pelabur-pelabur minyak masa hadapan yang budiman jangan masuk skim pelaburan yang tidak jelas dan gharar.

Lagi satu produknya kita tidak nampak..sape yang kawal produk pun kita x tau.

Kalo tangan tu gatal nak melabur juga dalam skim yang membawa pulangan segera.aka mencari maut..aku syorkan:-

1. Jangan buat pinjaman...dengan bank atau mak ayah korang serta orang umah korang.
2. Melabur kurang daripada 30 ribu...bawah 10 ribu lagi bagus.

Kenapa aku cadangan yang demikian..kerana jika sekiranya owner skim cepat kaya yang korang sertai tu..lari atau tutup website diaorang..

korang xkan jatuh terjelepuk dengan teruk.

Wassalam.

Kolej Kesihatan Ulu Kinta
Tanjung Rambutan.

0 comments:

Post a comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Peringatan

Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.
Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang-undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal dan sebarang kesalahan tatabahasa dan ejaan adalah disengajakan bagi menghasilkan karya yang santai serta mudah difahami.

Terima Kasih ..

Risi Yusoff