10/12/2017

Hari Yang Keluh Kesah

Salam.

Arini terasa banyak dugaan yang bertimpa..

Humaira ajak balik kg nak tengok Insyirah yang terluka pada alis kanan dan telah dijahit oleh doktor hospital.

Keluar rumah pukul 9.30 pagi...aku check semua keadaan kereta.

Dan...pergh tayar kereta pulak..aku tengok tayar kereta belah kanan depan..dah nampak benang..ni xboleh jadi..kalo berlaku tayar pancit kat tengah jalan highway plus...jem aku dibuatnya.

So aku decide tukar tayar dulu.

Aku riki kedai tayar jalan ampang dekat dengan shell ..kedai ni aku pernah buat sekali..tukar tayar second hand.

Kali ni pun aku tanya second..anty cina kata xde..aduh...nak kena p cari kedai lain pulak..riki kedai tayar dekat sebelah kedai manjaku...

Xde ada jugak.

Masih nak keluar dari parking ..aku terlanggar kereta mekanik kedai tu..cina.

Calar la sikit..

Aku tanya berapa..dia kata polish je..so rm 50..then aku bagi rm 50..nasib baik dia mintak rm 50.

Semua kawan dia dah keluar kedai tayar tu..tengok kete dia yang aku buat calar.

Rasa macam young and dangerous pulak.

So aku bayar kat cina tu..dan salam dengan dia..kira setle.

Yang belum setle lagi..tayar aku kena tukar..kalo x...x boleh balik kg.

Aku riki satu lagi kedai dekat tasik tambahan.

Kedai ni pun aku pernah berurusan..

Survey tayar alhamdulillah..ada ..total lost rm 140 untuk dua tayar second hand..jenama goodyear...ok la..aku tgk bunga masih ok lagi.

Then pukul  12 tengahari aku masuk highway plus menuju ke taiping.

Sampai di kamunting...humaira ajak singgah econsave dulu..beli barang untuk mak dulu.

After shopping..kat parking bila aku nak undurkan kereta ada pulak mamat melintas kat belakang..adoi!! Nasib baik signal sensor bunyi..

Mamat tu pun dah jeling lain macam..dah macam abang long fadhil..aku rasa main jeling-jeling kat aku.

bila difikir balik aku muhasabah diri..setiap yang berlaku pasti ada hikmah dia..tiada yang kebetulan..Allah nak kita ingat dekat dia.

Waktu keluh kesah...ada yang rasa bersendirian di pusat urut atau spa akan membawa ketenangan.

Ye mungkin betul..tapi hanya ketenangan sementara.

Sedangkan untuk mengubat hati yang keluh kesah..hanya satu ..ingat pada Allah.

Kadang-kadang humaira bagitau..jiwanya tenang bila berada dalam masjid..bila bersembang dia ajak aku melawat masjid yang kiranya unik..seperti masjid china di kelantan sdan masjid ubudiah di perak.

Aku pun rasa begitu...jika hati keluh kesah..serahkan urusan pada Allah..dan cuba dekati masjid.

Insya Allah hati akan tenang.

Wassalam.

0 comments:

Post a comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Peringatan

Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.
Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang-undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal dan sebarang kesalahan tatabahasa dan ejaan adalah disengajakan bagi menghasilkan karya yang santai serta mudah difahami.

Terima Kasih ..

Risi Yusoff