12/07/2018

BUAT LAH BISNES "X" DULU SEBELUM JUMPA BISNES "XX"

Salam.

Bagi saya, apa jua bisnes yang kita sedang buat sekarang, buat lah betul betul dulu.

Mungkin bisnes yang kita sedang buat sekarang tak 100% serasi & tak 100% passion kita namun buatlah yang terbaik dulu sebelum jumpa bisnes yang betul betul kita minat.

Nak jumpa bisnes yang betul betul kita minat, tak mudah, tambah tambah bila kita sendiri yang "kecelaruan identiti" tak tahu minat nak jual apa.

Waima bisnes depan mata yang kita nampak adalah dengan menjual sebatang pen sebab modalnya yang kecil, mudah nak dapat stock dan sebab sebab lain yang memudahkan kita untuk buat bisnes tu, buat jer dulu.

Memang lah kita tak minat 100% tapi paksa diri dulu dan anggap lah ianya sebagai proses untuk kenal maybank2u tu apa, IBG Instant Transfer bagai tu apa, tracking macam mana nak track, courier apa nak guna,

Lepas tu bila customer tanya macam mana nak reply professionally dan sebagainya, memang semua online seller kena rasa dulu sampaikan kita pun dah telinga tebal dan ibu jari tebal untuk reply balik dengan professional, tahan jer maki tu .

Sebab apa kena paksa diri dulu?

Sebab bila dah jumpa yang betul betul sesuai kelak, kita terus boleh independent sendiri, boleh reply wasap sendiri takperlu orang guide dah, boleh deal situasi genting tu sendiri tanpa perlu down lama lama, orang maki sikit kita dah tak heran sebab dalam bisnes lama kita dah banyak kali kena sabar jer sebab customer tak semua positif.

Inshaallah kita akan mudah nak bergerak dalam team sendiri dan berjaya dalam apa jua yang kita buat dalam hidup (bekerja/berniaga) jika kita dah ada "nilai" macamni sebab "nilai" begini memang kena rasa sendiri dulu, kena atas batang hidung sendiri barulah ianya akan terbentuk utuh dalam jiwa kita
.

Ramai orang nak orang jenis macamni tau sebab ianya tersangatlah "RARE".

Sebab tu kalau kita perasan, orang yang outstanding dalam bisnes A, bila buat bisnes B pun inshaallah boleh outstanding jugak (lama-kelamaan) sebab "nilai" tu dah ada, tunggu nak start balik from zero to hero jer.

Dalam pepatah melayu, orang macamni kalau campak kat laut pun akan jadi pulau!

UPGRADE OURSELVES WITH KNOWLEDGE

MOTIVATE OURSELVES

IMPROVE OUR SKILLS

Pergi lah ke hulu ke hilir cari ilmu, attend kelas agama, bisnes, pembangunan diri dan sebagainya asalkan bermanfaat kepada diri, ajarlah ilmu tu kat siapa siapa yang nak tahu,

Jangan rasa rugi dan buang masa buat semua tu sebab kebaikannya akan kembali balik kepada kita cuma kita jer yang tak nampak directly but indirectly akan rasa.

Orang macamni adalah "EMAS"

Semua orang nak, bila orang dah nampak "keemasan" tu, ramai akan ajak join agent bisnes x la, bisnes b la, bisnes k la, hehe..

Kalau takde orang ajak, maksudnya faham faham la yer hihihi..

- ameer almanna

0 comments:

Post a comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Peringatan

Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.
Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang-undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal dan sebarang kesalahan tatabahasa dan ejaan adalah disengajakan bagi menghasilkan karya yang santai serta mudah difahami.

Terima Kasih ..

Risi Yusoff