01/10/2013

Ilmu Kehidupan, Ringkas Tapi Signifikan

Salam,

Lunch our, tengahari perut dah penuh..pagi tadi dah bedal nasi goreng. so apa lagi ambil kesempatan bersembang dgn pakcik google kat searh engine aku taip tajuk buku yang dikarang oleh Adam Khoo berjudul ' Winning the game of life'. Dah lama aku cari buku ni,  tapi xjumpa-jumpa.

Aku suka dengan buku Adam Khoo sebab dia gabungkan semua idea hebat daripada penulis-penulis tersohor dunia. kebanyakan hasil tulisan beliau berkenaan motivasi dan cara buat duit.

kemudian Adam Khoo akan mengubah dan mengolah semula karya beliau dengan aroma dan ramuan yang tersendiri dan ditambah dengan idea baru .. fulaweh!!! itula cara buku beliau jadi bestseller.

Boleh dikatakan buku-buku adam khoo menjadi koleksi peribadi di rak buku aku yang tak seberapa kat rumah.

Search engine membawa aku kepada website mphonline.com. alamak adala pulak buku ni. aku selalu jugak pergi MPH kat jusco taman maluri cuba cari buku ni tapi takder. kemudian aku chehkout. alamak kena tambah rm 7 ringgit untuk delivery. maybe next time..

Kemudian aku search buku Muhd kamil ibrahim , prof kamil merupakan penulis kegemaran yang aku paling suka buat masa sekarang. Huh!! buku baru tulisan beliau ada di pasaran.

aku check out untuk payment . rm 45 tambah rm 7 ringgit untuk delivery . aku cancel.

baik aku riki kat kedai sendiri. lagi senang.

Start moto yamaha 125 aku , pergi riki kedai yang biasa aku pergi kedai buku Mukmin jalan TAR.. nasib baik buku ni ada.. sambil-sambil mata aku melilau buku-buku yang boleh memenangkan hati aku .

Ada beberapa buah buku lain yang aku terasa nak angkat..

"Bukan ada masa aku nak baca semua buku ni" , bisik hati aku , beli satu je lah ..

Lepas bayar RM 45 .. kemudian aku chow balik ofis ..

Buku ni aku bawak sebagai bahan bacaan semasa aku dalam flight nak ke Kota kinabalu, Sabah. Kebanyakan kandungan dalam buku ini aku dah baca dalam blog penulis di www.muhdkamil.org/home
buku ini mengambil beberapa artikel yang terdapat di dalam blog berkenaan yang disumbangkan oleh beberapa penulis lain yang dilantik oleh Prof Muhd Kamil Ibrahim sebagai pensyarah di universiti maya iaitu universiti MKI. Antara para penulis yang terlibat adalah Datuk Mohd Zaini Ariff, Sabtu M Ali, Roza Roslan, Prof Kamil dan Noor Azma.

Aku suka dengan cara pembawakan Prof kamil antara sebabnya adalah beliau tidak meminta sebarang bayaran untuk ceramah-ceramah yang beliau sampaikan di surau-surau dan masjid-masjid.
hasil royalti buku ini juga didermakan kepada sebuah yayasan anak-anak yatim Sultanah Haminah.

" Kehidupan ialah anugerah Allah yang tidak ternilai bagi mereka yang mengerti" , Kata buku ini lagi .


Wassalam,
Bacaan Dalam Flight

Sempadan Semenanjung masa balik dari sabah boleh lihat laut cina selatan dan daratan

Kat atas langit , sungguh indah ciptaan Allah

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Peringatan

Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.
Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang-undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal dan sebarang kesalahan tatabahasa dan ejaan adalah disengajakan bagi menghasilkan karya yang santai serta mudah difahami.

Terima Kasih ..

Risi Yusoff