21/08/2016

Pasaran Luar Negara

Salam.

Tahun 2011 dan 2012 ..saya cuba keluar daripada pasaran tempatan dengan menjual produk yang rare didapati dalam negara untuk dijual kepada pasaran luar negara...melalui platform ebay.

Produk yang saya jual adalah Coklat Durian.

Di mana produk berkenaan saya boleh dapati secara diskaun dan menjualnya semula melalui ebay.

Pada masa itu kaedah penjualan melalui ebay sedang hangat...saya juga tidak teekecuali mencuba platform berkenaan.

Masalahnya dengan ebay...saya terpaksa monitor setiap hari jika terdapat bid daripada pembeli.

Suatu ketika .... Produk Coklat Durian terdapat pembeli dari sepanyol yang membeli melalui ebay..pembayaran melalui paypal.

Saya kemudiannya membeli produk berkenaan daripada pembekal dan menghantarnya melalui pos ofis di KLCC.

Itula kali terakhir saya membuat bisnes dengan produk Coklat Durian.

Faktornya kerana margin keuntungan yang kecil dan tidak menguntungkan.

Contohnya harga Coklat Durian dibeli dengan harga RM 20 ringgit..dan dijual diebay dengan harga RM 60 ringgit.

Kos pengeposan adalah RM 30 ringgit. Saya hanya mendapat keuntungan hanya dalam RM 10 ringgit.

Adakah anda rasa berbaloi? Bagi saya tidak berbaloi..kerana saya perlu memperuntukan masa dan kos pengangkutan untuk ke pajabat pos.

Anda mungkin berfikir...kenapa tidak dinaikkan harga produk berkenaan di ebay..untuk mendapatkan margin keuntungan yang lebih tinggi.

Namun saya tidak berbuat demikian kerana saya merasakan ebay bukan bisnes yang sesuai dengan saya kerana bukan sahaja perlu sentiasa membuka pc untuk melihat bidaan..bahkan kos penghantaran ke luar negara yang tinggi.

Kini apa yang saya buat adalah fokus kepada pasaran tempatan sahaja yang marginnya adalah lebih tinggi dan kadar  kos pengeposan yang rendah.

Wassalam

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Peringatan

Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.
Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang-undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal dan sebarang kesalahan tatabahasa dan ejaan adalah disengajakan bagi menghasilkan karya yang santai serta mudah difahami.

Terima Kasih ..

Risi Yusoff