02/07/2015

Panduan Menulis Blog Daripada HidupRingkas.com

Salam, 
Blog hidupringkas.com adalah di antara beberapa blog kegemaran aku yang selalu aku follow. 
Blog  ini juga aku rasakan ianya mantap dan mampu menarik pelawat dengan konten yang terdiri pengalaman penulis berkaitan dengan motivasi dan tip-tip perniagaan. 
Berikut adalah panduan yang digunakan oleh beliau dalam menulis blog:
  1. Pastikan ayat pendek – Kalau boleh biar ayat yang digunakan pendek sahaja dan tidak banyak penyambung kata. Ini memudahkan pembaca faham seperti mana kita sedang bercerita padanya.
  2. Pastikan perenggan juga pendek – Saya sering jadikan satu perenggan sependek mungkin. Paling banyak dua ayat. Ini dapat mengelakkan pembaca merasa letih terlebih dulu secara psikologi sebelum membaca.
  3. Jangan terlalu banyak isi atau pendapat – Blogging bukan sebuah novel. Ianya mestilah ringkas dan mudah serta tidak merangkumi semua perkara dalam satu artikel. Lebih mudah ketengahkan satu atau dua sudut pandang saja dalam tulisan.
  4. Anggap anda sedang bercerita pada kawan – inilah yang sering saya bayangkan setiap kali membuat ayat dalam penulisan. Saya bayangkan sedang konsgikan pendapat saya pada kawan di kedai kopi.
  5. Sentiasa berikan cerita pengalaman peribadi sebagai contoh – Saya cuba sedaya mungkin untuk kongsikan pengalaman diri sendiri atau kawan-kawan berdasarkan topik yang ditulis. Ini lebih unik dan mudah dihayati terutamanya oleh penulis itu sendiri.
  6. Sentiasa buat sub_tajuk – Hampir semua artikel saya akan ada sub tajuk supaya pembaca dapat jangkakan apa yang nak disampaikan. Lagipun, jika pembaca tak ada masa, dia boleh baca sub tajuk sahaja dan jika menarik baru baca isinya.
Sumber asal: HidupRingkas.com


Wassalam.

Blog hidupringkas.com

0 comments:

Post a comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Peringatan

Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.
Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang-undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal dan sebarang kesalahan tatabahasa dan ejaan adalah disengajakan bagi menghasilkan karya yang santai serta mudah difahami.

Terima Kasih ..

Risi Yusoff