25/03/2018

Teknik Mudah Siapkan Produk Informasi

Salam.

Pemahaman otak seseorang adalah berbeza antara satu sama lain.

Ada yang punya otak macam Imam Shafie atau Albert Eistein.

Tapi anda jangan risau keberkesanan otak boleh dilatih sebenarnya..boleh secara persekitaran ataupun secara pembacaan dan pengujian.

Untuk anda yang otak ala kadar sekadar lepasan SPM atau diploma teknik ini amat membantu.

Teknik ini dinamakan "Teknik Menstrukturkan Otak" .

Dimana ianya berfungsi dan berperanan untuk menangkis masalah info overload.

Dan dengan teknik ini produk infomasi anda dapat disiapkan dalam tempoh 40 hari.

Yang pertamanya anda kena kenalpasti informasi apa yang anda hendak tulis dan bahan apa perlu dikumpulkan.

Contohnya jika anda tulis berkenaan " Rahsia Vendor : Bagaimana membina syarikat yang menjana 4 angka sebulan".

Maka anda perlu fokus kepada material atau bahan-bahan yang berkaitan dengan produk info berkenaan sahaja.

Jika anda terjumpa dengan bahan-bahan lain. Anda perlu abaikan seketika..hanya fokus kepada informasi "Rahsia Vendor"

Kemudian apabila anda sudah mendapat tajuk bagi info produk anda..tugasan seterusnya akan lebih mudah.

Sila buka komputer di depan anda dan ikut langkah di bawah:-

1.Anda perlu wujudkan satu folder dalam pc anda sama ada dalam direktori Mydocument ataupun di desktop.
Namakan ianya sebagai Folder Rahsia Vendor

2. Kemudian wujudnya pula dalamnya satu folder iaitu Pengenalan. Di dalam folder ini letakkan dokumen word seperti.
a. Cover ebook.
b.foreword aka rekomendasi.
c. Prakata
d. Pendahuluan.
e. Penghargaan.
f.  Kandungan

3. Langkah seterusnya wujudnya folder bagi setiap Bab dalam folder  Induk Rahsia Vendor.Contohnya.
a. Bab 1 : Mindset Vendor.
c. Bab 2 : Pembinaan Penjenamaan
d. Bab 3 : Pemasaran Digital.
e. Bab 4 : Pengurusan Sumber Manusia.
f. Bab 5 :  Penutup.

4. Dan dalam setiap folder Bab masukan subtajuk dalam format dokumen word. Contohnya bagi Bab 1: Mindset Vendor. Subtajuk dalam bentuk word adalah :-
a. Matlamat berniaga.
b. 7 Cara memotivasikan diri.
c. Booster dari dalam.
d. 10 Sifat yang perlu dihindari.

Untuk Bab-bab yang lain anda boleh ulang benda yang sama.

5. Anda juga perlu wujudkan folder satu folder yang dinamakan bahan kajian yang boleh terdiri daripada.
a. Hasil temuduga
b. Artikel blog.
c. Artikel surat khabar.
d. Kajian ilmiah.
e. Petikan buku.
f. Ungkapan tokoh.

6. Akhir sekali anda perlu wujudkan folder Bonus. Di dalam folder ini anda boleh letakkan ebook-ebook percuma atau mini laporan yang saling berkait dengan produk info yang sedang disiapkan.

Wassalam

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Peringatan

Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.
Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang-undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal dan sebarang kesalahan tatabahasa dan ejaan adalah disengajakan bagi menghasilkan karya yang santai serta mudah difahami.

Terima Kasih ..

Risi Yusoff