07/04/2015

GST Kesannya kepada IM

Salam,

Petang tadi aku cuba Google kesan GST kepada IM seperti aku.

Pada pendapat aku ianya xder la memberikan impak yang besar pun. Kecuali beberapa faktor seperti di bawah:

1. Syarikat hosting naikan harga untuk domain dan hosting. Kepada aku ianya tidak memberikan kesan apa-apa. Sebabnya aku menggunakan blogspot yang semestinya percuma untuk laman web jualan aku. Untuk blog aku juga menggunakan blogspot. Cuma domain risiyusoff.com yang perlu dibayar.

2. Buku sebagai bahan rujukan untuk membuat produk informasi tidak dikenakan gst. Nak jimat lagi tunggu masa pesta buku Kuala Lumpur.. Potongan hingga 20%.Pada masa ini sabar je dulu. Jangan kalut nak pergi kedai buku.

3. Pembangunan produk-produk..tidak melibatkan fizikal..semuanya digital. Seperti perisian sistem, video, pdf dan mp3.yang mana aku adalah pengeluar, penjual.. semuanya online. Jadi tiada gst.

4. Bayaran talian internet ..yang ni kalo harga naik ..akan memberi kesan kepada aku. Setakat ini aku xdengar apa-apa kenaikan. Sebabnya aku menggunakan pakej digi iaitu broadband RM 25 sebulan. Jimat disitu.

5. Laptop,desktop atau telefon pintar..kalo aku nak beli laptop atau telefon pintar  baru memang aku akan terkena dengan gst..tapi buat masa sekarang aku just guna lenovo A850i yang aku rasa prestasi dia setakat ni adalah memuaskan.

Walaubagaimana pun...bisnes melalui internet adalah yang paling murah dan mudah untuk dilaksanakan.Sekiranya anda mempunyai ilmu. Kuncinya adalah ilmu.

Wassalam

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Peringatan

Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.
Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang-undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal dan sebarang kesalahan tatabahasa dan ejaan adalah disengajakan bagi menghasilkan karya yang santai serta mudah difahami.

Terima Kasih ..

Risi Yusoff