18/04/2015

Advencer si peniup ney

Salam

Buku novel advencer si peniup ney adalah karangan penulis Faisal Tehrani yang memenangi tempat pertama  pertandingan novel remaja kumpulan utusan hadiah sastera 2004 penaja utama ExxonMobil.

Ianya adalah kali kedua aku Ulang baca. Kali pertama pada tahun 2008..

Pada tahun tu aku beli dua buah ..satu aku hadiahkan pada humaira..belum kawin lagi dengan humaira..yang ketika itu masih menuntut di UITM dungun.

Novel ini memgisahkan pengembaraan ustaz sulaiman di negeri jin fantasia bersama 40 ekor jin. Di mana mereka meminta bantuan ayah kepada ustaz sulaiman iaitu ustaz kamal supaya membenarkan ustaz sulaiman yang berusia 18 tahun berdakwah kepada golongan jin yang mengamalkan hedonism sebagai budaya mereka..

ustaz sulaiman berdakwah  mengenai muzik sourti samad kepada penduduk jin negeri fantasia.

Pada pandangan aku novel ini merupakan sindiran  program realiti TV akademi fantasia..

Yang mana remaja-remaja negara termasuk makcik-makcik boleh dikatakan histeria dengan penangan AF yang begitu ampuh di waktu itu.

Novel ini menggunakan beberapa perkataan yang mungkin asing bagi kita. Namun terdapat glosari dilampirkan .Amat sesuai untuk menambahkan perbendaharaan kata untuk aku install dalam Minda aku .

Wassalam

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Peringatan

Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.
Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang-undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal dan sebarang kesalahan tatabahasa dan ejaan adalah disengajakan bagi menghasilkan karya yang santai serta mudah difahami.

Terima Kasih ..

Risi Yusoff