24/06/2015

Formula Umum Pulihkan Proton

Salam.

Kerjasama antara proton dan Suzuki aku agak hanya menjurus kepada perkongsian teknologi enjin..atau mungkin juga untuk pemasaran luar negara.

Namun beberapa aspek lain juga perlu diambil kira.

Kekadang bila kita dah terlalu lama diatas pasti terlupa dengan keadaan padang dibawah.

Formula untuk pulihkan proton adalah.. " Apa yang pelanggan mahu"

Kebanyakan pemilik proton adalah yang berpendapatan sederhana RM 3000 ke bawah.
Aku agak begitu.

Yang berpendapat lebih dari itu lebih gemar kepada kereta import.

Salah Gomen juga yang melambakkan terlalu banyak kereta import ke dalam megara dengan pemberian AP kepada syarikat-syarikat pengedar.

Dari segi kualiti dan ketahanan kereta proton dengan kereta import adalah jauh beza.

Apa yang pelanggan mahu adalah:

1. Ketahanan kereta

Sekiranya berlaku pertembungan antara kereta proton dengan kereta Honda siapa yang akan menempah kubur dulu...aku pun kalo ada duit lebih nak bertukar memakai HILUX . Sekarang aku pakai proton wira.. Ramai yang menyamakan ' dinding' kereta proton dibuat daripada tin susu..kerana mudah kemik apabila berlaku pelanggaran.

2. Servis

Aku agak ..charge untuk servis adalah lebih kurang dengan kereta import..tetapi mungkin dari segi spare part ianya lebih murah dan mudah didapati berbanding kereta import..sekiranya berlaku kerosakan semasa di kampung..spare akan mudah diperoleh..pengalaman kawan aku yang memakai kereta Citra.

3. Kepercayaan.

Ianya adalah faktor dalaman yang paling penting..aku rasa rata-rata pelanggan yang membeli kereta proton adalah atas dasar kepercayaan kepada harga yang lebih rendah berbanding kereta-kereta yang lain..

Ya!! Ini yang membuatkan proton masih wujud hingga kini.. Pelanggan membeli kerana merasakan mereka masih lagi membayar ansuran bulanan yang mampu dibayar iaitu di bawah RM 600 sebulan berbanding dengan kereta import yang lain.

Wassalam.

0 comments:

Post a comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Peringatan

Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.
Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang-undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal dan sebarang kesalahan tatabahasa dan ejaan adalah disengajakan bagi menghasilkan karya yang santai serta mudah difahami.

Terima Kasih ..

Risi Yusoff