24/07/2013

Ramalan Keputusan PRK Kuala Besut 2013

Salam,

Kuala Besut adalah salah satu jeti untuk ke Pulau Perhentian . Pada hari ini 24.7.2013 PRK Kecil akan dibuat kerana pemergian penyandang sebelum ini. Jumlah pengundi berdaftar 17, 679 orang .

Pada PRU 13 yang lalu BN menang dengan lebihan undian 2,434.

Signifikan PRK kecil ini adalah kerana jika PAS memenangi Dun Kuala Besut bermakna kerusi pembangkang dan kerusi kerajaan bagi Dewan Undangan Negeri Terengganu akan menjadi sama 16 - 16.

Teringat ketika saya mengundi pada PRU 13 yang lepas di Dun Langkap , Parlimen Setiu . Waktu malam, ketika pengumuman calon yang menang. Debaran menanti kerana jika calon yang dipilih kalah bermakna senario pemerintahan negeri akan berubah.

Tetapi , kami sekeluarga tidak peduli sangat dengan pemerintahan negeri yang bertukar . Namun yang lebih penting adalah masjid kampung saya. Emak mengatakan yang paling penting adalah MASJID kampung. kerana ada ura-ura jika parti yang tidak disokong menang mereka akan mengambil alih masjid serta merta.

Itu yang membuatkan mak berasa susah hati . Nasib baik Parti yang disokong memenangi pilihanraya berkenaan. Tetapi menang tipis.

Pada malam itu juga ayah kelihatan gelisah mundar mandir ke tempat orang berkumpul untuk bersama-sama melihat keputusan pilihanraya. Ketua kampung juga tidak terkecuali, hampir terlelap di depan TV.

Oleh yang demikian, apabila tiba saja  pilihanraya, apa yang penting bagi saya dan emak saya adalah MASJID kampung kami.  Walaupun saya menetap di Selangor, tetapi hati tetap di kampung. Di masjid tempat saya membesar dan bermain.

Ramalan saya . BN akan menang, mungkin terdapat pertambahan majoriti. Kecuali pembangkang meletakkan Ustaz Azhar Idrus boleh jadi BN boleh tewas. Ianya sekadar ramalan.
Di Resort Pulau Perhentian pada 14 - 16.6.13

Wassalam.

0 comments:

Post a comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Peringatan

Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.
Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang-undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal dan sebarang kesalahan tatabahasa dan ejaan adalah disengajakan bagi menghasilkan karya yang santai serta mudah difahami.

Terima Kasih ..

Risi Yusoff