01/12/2013

Tip Berhadapan Dengan Orang Yang Kita Tidak Suka

Salam,

Jam menunjukkan 1.36 pagi...

Aku baru pulang dari matic fest 2013 di Jalan Ampang..

Terdetik dalam hati aku sebelum lena aku nak bagitau satu tip yang aku amal.

Tip maha hebat , sesape pun pernah lalui benda ni iaitu tip 'berhadapan dengan orang yang kita tak suka...'

Golongan wanita adalah golongan yang begitu rapuh sekali jika dipyscho oleh orang yag kita tidak suka..

Contohnya kita akan berhadapan dengan rakan sekerja yang kaki umpat dan suka mencari kesalahan kita.

Aku namakan golongan ini adalah golongan yang mengamalkan falsafah babi. Babi adalah haiwan pengotor walaupun berada di taman bunga sekalipun ...ianya tetap mencari kotoran dan najis.

Aku kesiankan kaum hawa...senang sangat mengalir air mata jika diumpat atau disakiti..pastu balik umah mengadu kat suami . Suami jugak yang nak kena pujuk. Besok pergi kerja perkara sama yang berlaku...sabor je la.

Bukan perempuan je..lelaki pun ada yang kena macam ni... diumpat dan mungkin kat belakang kita, kita dikata macam2.

Biarla apa orang nak kata...pahala orang yang mengata akan ditranfer kepada kita.

So cara yang aku praktik mudah je...

Caranye "aku tak pandang muka orang yang aku x suka"...

Tapi kalo ditegur aku akan balas..sepatah dua kata je..

Sebab kita orang islam kalo tak bertegur selama 3 hari...

Nabi tak mengaku ummat..

Aku akan menjarakkan diri dengan orang yang aku tak suka tu..sebab cara pemikiran aku dan dia adalah berbeza...

Tetapi ianya adalah berlainan jika bercakap soal kerja..

Soal kerja aku pisahkan dengan hal emosi..apatah kalo si dia adalah rakan sekerja yang akan selalu dealing dengan kita..so kat sini kena pandai kawal emosi sikit...

Ye la kita kena akui bahawa, perangai manusia sukar untuk diubah..melainkan diri dia sendiri yang nak berubah. Apatah lagi jika si dia mempunyai sifat bangga diri, ego, angkuh , selalu nak menang lagi la payah..

Dan satu berkenaan mulut..

Mulut orang lain kita tak boleh nak tutup..mulut tempayan bolehla...

Akhir sekali kita kembali pada Allah...berdoala supaya sikap orang yang kita tak suka tu berubah...kalo berdoa pada sepertiga malam..lagi cantik,mudah Allah nak makbulkan.

Wassalam.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Peringatan

Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.
Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang-undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal dan sebarang kesalahan tatabahasa dan ejaan adalah disengajakan bagi menghasilkan karya yang santai serta mudah difahami.

Terima Kasih ..

Risi Yusoff